Tuesday, 12 February 2013

Berkorban Atau Terkorban?

Assalamualaikum

Pengorbanan paling besar dari saya buat suami ialah dengan berhenti kerja after we got married year ago.Menyesal?Seriously,kita perempuan bila dah kerja sendiri dan dapat duit begitu lumayan,adakah kita senang-senang untuk meninggalkan segala kesenangan itu?NO MAN.Duit banyak weyh.Cakaplah apa saja,sepantas kilat kita cari and beli apa yang kita nak.Tak pun masuk website ThePopLook and click mana yang berkenan.kennzz..well,orang laki tak boleh cakap apa sebab the reality is ORANG PEREMPUAN NAFSU SEMBILAN.

Because of that,saya merasakan pengorbanan meninggalkan karier sewaktu meniti puncak kegemilangan (cewah) merupakan pengorbanan terbesar saya buat suami.PENGORBANAN BESAR YANG AMAT.Sebab tu masih ramai lagi pasangan yang tinggal berjauhan lepas kawen.Suami of course tak boleh resign.Isteri pulak kena fikir siapa nak tanggung hutang piutang beliau jika beliau resign.Lagi-lagi bila tinggal kat kota metropolitan,segalanya fuluss!

Masa sebelum resign dulu pun saya fikir macam tu.
"Kalau aku resign,tak dapatlah aku beli baju baru tiap bulan lagi.."
"Kalau aku resign,apa aku nak buat kat rumah?Takkan duk mengangkang aje!"
"Kalau aku resign,hutang ptptn macamana nak bayar?"
"Kalau aku resign,memang sampai matilah aku tak merasa ada harta sendiri.sobs!"
"Kalau aku resign,rugilah belajar tinggi2"
dan segala macam kalau lagi.

Begitu.
Lepas bincang punya bincang,hasben memutuskan saya wajib berhenti kerja dan tinggal dengan beliau kat KL ni.Hasben siap sediakan semua barang dalam rumah yang basic macam fridge,washing machine,tv,bedroom set and kitchenware.Rumah pun dia carikan yang betul-betul cantik dan selesa sebab dia tahu saya seorang yang pembersih.Bersungguh kau.

3 bulan pertama dengan jawatan suri rumah,ceq mati akal.Tak tau nak buat apa.Rumah tak ada perabot .Kuranglah habuk,takdelah sepah mana.Takkan pagi petang siang malam nak kemas rumah kot.Hasben pun ada tolong carikan kerja.Even tolong hantar pergi interview.But,you know..haishh.

Masuk 6 bulan,still rasa boring but i manage to handle.Cuma unlucky sebab belum ada rezeki anak. Tapi,masa ni terlebih rasa best pulak duduk rumah je.Siapa tak nak woo,makan tido makan tido.HEAVEN..
Tapi bila tengok orang lain boleh ke sana sini macam duit berkepuk kat bank,saya mula cari jalan.Maklum,bergantung harap pada hasben sebatang kara berkerja adakalanya menjadikan kita bermuka tebal untuk minta apa yang kita nak.Saya tak tahu orang lain tapi saya memang tak pandai minta kalau hasben tak offer or tanya.Malu sendiri.Haha

But now,selapas setahun  lebih melayari bahtera (cewah lagi) bersama,saya merasakan bahawa chemistry saya adalah untuk menjadi penjaga rumah.Hasben pun dah selesa and senang hati tengok isteri dia ada kat rumah 24hrs.Balik kerja makan dah terhidang,nak pergi kerja baju dah siap sedia,nak ajak borak pun free 24hrs (bohong!).Yelah,kalau saya kerja dah tentu2 hasben kena dengar saya ngomel pasal tempat kerja,then penat tak sempat masak,lepas tu baju tak basuh berhari2.Sudahnya rumah bau kepam.Haha.
I am a type of person yang akan cepat marah and mengamuk bila too exhausted.This is not best for him.So lebih baik duduk rumah daripada hari2 mengamuk tak tentu pasal.Ting!

Then,I start with my business proposal.Hantar kat bapak saya.Very formally konon.Yelah,nak cari dana untuk modal niaga punya pasal.Hasben tak setuju.But,bapak straight away kasi pinjam.Betul2 buat macam bank cuma takde bunga.I dont care,dapat dana terus ke next planning.Dont worry,wa pinjam wa bayar ooo!

Alhamdulillah,tahun 2013 adalah tahun rezeki for both of us.Limpahan rezeki sejak awal tahun sampai sekarang (sampai masa saya tengah menaip ni) sangat melimpah ruah.Bisnes semakin maju (alhamdulillah),hasben plak excited lebih bila nak cari stock baru,
planning untuk kumpul harta bersama juga semakin menampakkan hasil (alhamdulillah),bayang-bayang untuk merasa jadi mak2 pun macam ada (alhamdulillah),rezeki untuk tukar PTPTN jadi biasiswa pun nampak menjadi (alhamdulillah) dan planning untuk berubah ke arah muslimah sejati juga alhamdulillah.

Lihat,begitu indah perancangan Allah untuk kita semua.Saya faham kenapa Allah tak bagi saya bunting pelamin (walaupun saya minta) sebab Dia tahu kemampuan kami di tahap mana dulu.Tambahan lagi diuji Allah dengan sindrom PCOS yang saya alami.Hati mana yang tak pedih.Menjadi suri rumah yang masanya banyak memerap menjadikan saya seorang yang lebih kuat,lebih banyak masa untuk dekat dengan Allah,lebih banyak belajar untuk mematangkan diri sendiri,lebih masa untuk memahami diri sendiri dan paling penting,lebih banyak masa untuk belajar memahami hasben yang pada dasarnya saya anggap complicated.Like seriously,even kenal dari sekolah rendah dan bercinta bagai nak rak almost 10 years,it doesn't mean that I know him completely.
So bila jadi suri rumah di hati suami,setiap ketawa dan airmata dikongsi bersama and we are matured enough untuk hadapi semua masalah bersama dan hopefully dapat terus bercinta sampai syurga.amin.


Menyesal sebab tinggalkan kerja demi hasben?
OF COURSE NOT!
sebab saya percaya,apa saja tindakan yang kita buat atas dasar perkahwinan,Allah akan balas dengan kebaikan dan saya dah nampak ITU biarpun lambat,tapi
Alhamdulillah.


No comments:

Post a Comment